malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Rosmah sampaikan anugerah pada Elfira Loy
Diterbitkan:  Nov 30, 2016 5:59 PM
Dikemaskini: 10:11 AM
ADS

Pelakon wanita popular Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri hari ini dianugerahkan Ikon Wanita Muda 2016 sempena Perhimpunan Agung Puteri Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur.

Nurul Elfira Loy, 22, menerima anugerah itu daripada Rosmah Mansor sambil disaksikan suaminya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pelakon drama Qalesya dan telefilem Tentang Bulan The Series itu menyifatkan anugerah itu sebagai pemangkin kepadanya menggunakan bakat seni bagi mendekati golongan wanita muda.

"Saya sangat menghargai pengiktirafan ini kerana mungkin pada usia 22 tahun dan kejayaan 10 tahun dalam industri seni ini boleh membuka mata belia seusia saya untuk sama-sama mencapai kejayaan.

"Saya percaya selebriti boleh dijadikan satu medium untuk menyampaikan maklumat kepada mereka dan menarik anak muda melakukan sesuatu perkara yang bermanfaat," beliau dipetik sebagai berkata kepada pemberita selepas menerima anugerah itu.

Nurul Elfira Loy dipilih sebagai pemenang bagi kategori seni.

Usahawan tudung, Sofia Ahmad, 32, turut menerima anugerah sama bagi kategori keusahawanan.

Lihat Komen