malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Pelawak M'sia menang pertandingan komedi di Hong Kong
Diterbitkan:  Oct 25, 2016 3:34 PM
Dikemaskini: 8:08 AM
ADS

Seorang pelawak dan pemuzik tanah air dilapor memenangi tempat pertama dalam pertandingan komedi antarabangsa di Hong Kong.

Hannan Azlan, 22, memenangi HK$40,000 (RM21,538) dan siri jelajah komedi di Amerika Syarikat atas kemenangannya dalam Festival Komedi Antarabangsa Hong Kong ke-10.

Pertandingan itu berakhir 22 Oktober lalu, lapor The Daily Seni.

Menurut laporan itu, ini kali kedua rakyat Malaysia memenangi anugerah itu selepas kemenangan Dr Jason Leong pada 2013.

Sementara itu, dalam pertandingan berasingan, pelawak Harith Iskander sedang berentap di peringkat separuh akhir untuk gelaran “Orang paling lawak di dunia”.

Beliau berdepan 19 pelawak lain dari seluruh dunia di Helsinki, Finland pada 5 Disember ini.

Lihat Komen