malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Konsert pertemukan Dewa 19, Ari Lasso
Diterbitkan:  Oct 25, 2016 2:31 PM
Dikemaskini: 8:30 AM
ADS

Selepas beberapa tahun terpisah, 'Konsert 1,000 Band' yang diadakan di Tengerang Selatan, Banten Indonesia menyatukan semula kumpulan Dewa 19 dengan bekas penyanyinya Ari Lasso untuk kali kedua dalam tempoh terdekat.

Konsert itu merupakan sebahagian daripada festival Pekan Raya Indonesia 2016 yang bermula sejak 20 Oktober dan akan berakhir 6 November depan.

Pada konsert ini, Dewa 19 tampil dengan Ahmad Dhani selaku vokal dan bermain keyboard, Yuke (bass), Andra Ramadhan (gitar) dan Agung (dram), selain Ari Lasso sendiri.

Mereka membawakan lagu-lagu yang mengimbau nostalgia seperti Pangeran Cinta, Cukup Siti Nurbaya, Arjuna Mencari Cinta, Satu Hati, Sedang Ingin Bercinta, Cinta kan Membawamu Kembali, Kirana, Roman Picisan dan Kangen.

Sebelum meninggalkan pentas, Ari sempat mengucapkan terima kasih kepada 'Baladewa' yang hadir dalam konsert berkenaan.

Baladewa adalah gelaran diberikan untuk peminat tegar kumpulan yang diasaskan sejak 1986 itu.

“Terima kasih untuk Pekan Raya Indonesia, produksi yang sudah mengundang Dewa 19. Terima kasih untuk Baladewa dan tentunya untuk muzik Indonesia yang semakin berjaya. Dan satu-satunya Dewa 19,” katanya seperti dilapor portal Kompas.com.

Ini adalah kali kedua Dewa 19 dan Ari dipertemukan selepas mengadakan konsert reunion pada 19 Oktober lalu.

Konsert reunion yang diadakan di Kota Malang, Jawa Timur itu turut menampilkan seorang lagi bekas penyanyi Dewa, Once Mekel.

Dhani selepas konsert yang mempersembahkan 22 buah lagu itu dilapor turut mengumumkan Dewa 19 akan mengeluarkan album terbaru mereka.

"Kita sudah meeting, kita akan mengeluarkan album baru," katanya.

Lihat Komen