malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Tiada niat Fathia Latiff menghina tentera
Diterbitkan:  Oct 24, 2016 7:47 PM
Dikemaskini: 11:48 AM
ADS

Bukan dengan niat, cuma tersilap dan ia memang tidak disengajakan.

Kata aktres Fathia Latiff dia berniat baik dan tidak terlintas untuk mempersenda pakaian seragam tentera darat.

Justeru selepas dikecam pengguna media sosial pelakon filem Darah Panah dan drama bersiri Rumi & Jawi itu membuat permohonan maaf secara terbuka melalui Instagram semalam.

"Saya dgn ikhlas hati meminta maaf. Tiada niat untuk saya persendakan pakaian dan saya menghormati Pakaian Seragam TD (tentera darat),” tulisnya.

Fathia atau nama penuhnya Nur Fathia Abdul Latiff, 29, sebelum ini memuat naik sekeping gambar dirinya memakai pakaian tentera darat di Instagram.

Gambar itu kemudian mengundang kemarahan segelintir pihak apabila ia didakwa dipakai melanggar protokol.

Seorang pengguna menggunakan akaun @puterajokers berkata sebelum askar berpeluang mengenakan pakaian seragam berkenaan, pelbagai cabaran perlu ditempuhi. Dan tempoh itu pula memakan masa yang panjang.

“Kan dah kena kecam sape (siapa) suruh pakai baju ATM mcm (itu)... walaupun saya peminat tegar awak... tapi bagi kami baju seragam (itu) merupakan maruah kami sebagai warga ATM bukan senang kami nak pakai baju (itu) kena lanyak berbulan-bulan baru (boleh) dapat pakai baju (itu),” katanya.

Pelakon Ariana Rose itu turut mengakui dirinya kurang sensitif mengenai etika sebenar pemakaian tentera darat.

Kerana tidak mahu memanjangkan isu terbabit, Fathia mengakui dia telah pun memadam gambar yang dimuat naik.

Truly apologize (benar-benar meminta maaf),” katanya.

Lihat Komen