malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Bagaimana tonton filem boleh bantu anak Palestin
ADS

Ketiadaan hospital yang boleh berfungsi sepenuhnya dan doktor untuk menjalankan tugas mengakibatkan kesengsaraan penduduk Palestin seolah-olah tiada penghujung.

Demi meringankan derita rakyat negara itu, satu usaha mengumpul dana dijalankan oleh Viva Palestina Malaysia (VPM) menerusi Festival Filem Palestina Kuala Lumpur (KLPFF) yang akan diadakan pada 29 hingga 30 Oktober nanti.

Setiausaha VPM, Azra Banu berkata, wang sumbangan diperoleh melalui KLPFF akan disalurkan kepada kem Yarmouk di Syria.

“Kem Yarmouk menjadi penempatan untuk lebih 100,000 pelarian termasuk warga Palestin, tetapi kini jumlah itu hanya tinggal 20,000 saja.

“Disebabkan keadaan ekonomi tidak membangun dan tiada peluang pekerjaan membuatkan kebanyakan situasi mereka yang berlindung di situ bertambah merosot.

“Ini termasuk tiada bantuan perubatan, petugas dan doktor, mereka sama ada terkorban akibat bangunan dibom beberapa kali atau melarikan diri ke tempat lain,” katanya kepada Malaysiakini.

Edar susu tepung di kem Yarmouk

Acara berkenaan bukanlah yang julung kali diadakan, sebaliknya ia adalah acara tahunan yang kelima.

Tujuan KLPFF dianjurkan adalah untuk mencapai sasaran kutipan bagi meneruskan kelangsungan satu-satunya projek pusat rawatan di kem Yarmouk selain mengedarkan susu tepung kepada sekurang-kurang 300 kanak-kanak di sana.

Setiap pusat rawatan dibuka selama seminggu secara bulanan dan memerlukan kos sekurang-kurang AS$3,000 (RM12,000) untuk sekali operasi dan akan diteruskan untuk enam bulan akan datang.

Manakala untuk keperluan keperluan asas kanak-kanak, ia memerlukan dana berjumlah AS$5,000 (RM20,000) setiap bulan.

Menurut Azra, naskhah yang akan disajikan semasa di KLPFF itu nanti bakal mendedahkan situasi sebenar dialami rakyat Palestin.

“Penonton berpeluang menonton enam dokumentari dan tiga drama pada tayangan filem yang diadakan di Black Box, White Box, Publika Kuala Lumpur itu nanti.

“Filem mengetengahkan kisah penduduk Palestin di Tebing Barat, warga Palestin yang berada di luar Palestin dan Kristian Palestin,” katanya yang pernah menyertai misi keamanan sebanyak dua kali ke Gaza.

Lihat Komen