malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Tak dapat melaram, tapi Che Ta dah dapat beg baju
Diterbitkan:  Sep 23, 2016 3:07 PM
Dikemaskini: 8:26 AM
ADS

Rozita Che Wan sudah mendapat semula beg pakaian yang dikatakan tercicir ketika penerbangannya mendarat di Kota Kinabalu, Sabah malam tadi.

Dengan itu, Malaysia Airlines (MAS) menganggap isu dibangkitkan pelakon yang dikenali sebagai Che Ta itu sudah selesai.

“Isu beg tercicir itu sudah diselesaikan.

“Kami menghubungi Che Ta sendiri dan beg berkenaan dihantar pada malam tadi,” menurut seorang jurucakap syarikat itu.

Malam tadi, menerusi status di akaun Instagram miliknya, Rozita meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap perkhidmatan MAS itu menerusi klip video yang dimuat naik.

Katanya, disebabkan beg tidak sampai kepada tuannya, urusan majlis makan malam itu terpaksa dibatalkan.

“Itu baru penerbangan domestik.

“Saya terpaksa batalkan majlis makan malam sebab tiada baju dan duduk tunggu beg tidak sampai," katanya.

Bagaimanapun, menerusi semakan Malaysiakini di ruang komen dan statusnya tidak lama kemudian, Rozita tetap hadir ke majlis makan malam itu.

“Saya pergilah juga. Tapi tak dapatlah nak melaram,” tulisnya yang dijangka pulang semula ke Kuala Lumpur esok.

Lihat Komen