malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Budak 9 tahun penasihat bisnes Rossa
Diterbitkan:  Aug 22, 2016 6:16 PM
Dikemaskini: 10:20 AM
ADS

Apa yang boleh dilakukan seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun?

Mungkin jawapan lazim bagi kebanyakan orang ialah "bermain", namun bagi Datuk Rossa, anak sebaya itu boleh menjadi penasihat.

Malah Rossa sendiri mempercayai anak seawal usia itu mejadi penasihat perniagaannya.

Media tempatan melaporkan Rossa 'melantik' anaknya Rizky Langit Ramadhan untuk memberi pandangan bagi menguruskan perniagaan.

Selain menyanyi Rossa kini mengusahakan perniagaan pusat karaoke dan pewangi.

Rizky adalah anak hasil perkahwinan Rossa dengan anggota pengasas kumpulan Padi, Surendro Prasetyo, atau lebih dikenali sebagai Yoyo, 40.

Kata Rossa, anaknya turut memikirkan hal perniagaan mereka dan mencadangkan strategi untuk meningkatkan jualan.

"Saya ada tiga jenama pewangi. Justeru Rizky mencadangkan agar jualan untuk jenama pertama diberi potongan harga berbanding yang dua lagi.

"Alasannya biar semua orang penasaran (tidak puas dan ingin memiliki)," katanya dipetik tribunnews.com hari ini.

Penyanyi lagu Ayat-ayat Cinta itu berkata dia memang terbuka dan gembira melibatkan anaknya dalam perniagaan.

Apa lagi pada hakikatnya Rizky memang memberi sokongan penuh kepada Rossa.

Penyanyi kelahiran Sumedang di Jawa Barat itu kini memiliki 40 pusat karaoke Diva Familiy di seluruh Indonesia selain memasarkan pewangi jenama House of Rossa.

Lihat Komen