malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Adegan watak animasi pijak al-Quran dikecam
Diterbitkan:  Jul 28, 2016 5:30 PM
Dikemaskini: 9:35 AM
ADS

Rangkaian televisyen UK, Channel 5, menarik balik satu episod Fireman Sam selepas satu daripada watak siri animasi berkenaan didakwa memijak helaian al-Quran.

Penerbit Fireman Sam, HIT Entertainment, berkata pihaknya membatalkan kontrak dengan studio animasi China yang bertanggungjawab mencipta babak berkenaan.

HIT Entertainment juga meminta maaf atas kejadian itu.

Dalam babak berkenaan, watak bernama Elvis dilihat berjalan dan terpijak helaian kertas yang terbiar di atas lantai sebuah balai bomba.

Elvis kemudian terjatuh menyebabkan beberapa helai kertas berterbangan. Antara helaian itu didapati adalah halaman naskhah al-Quran.

Bagaimanapun difahamkan siri bertajuk Troubled Waters itu ditayangkan kali pertama pada Oktober 2014.

Penolong Setiausaha Agung Majlis Muslim Britain Miqdaad Versi berkata dia pelik dengan adegan itu.

Kata Miqdaad penelitiannya mendapati halaman berkenaan memaparkan ayat 13 hingga 26 surah al-Mulk.

 

 

Sementara itu HIT Entertainment dalam kenyataannya berkata mereka kesal dengan kejadian itu dan ia tidak disengajakan.

"Kami tidak lagi bekerjasama dengan studio animasi yang bertanggungjawab atas kecuaian berkenaan.

"Sebagai langkah segera kami juga menarik balik episod itu daripada edaran umum dan akan lebih berhati-hati di masa depan," katanya.

Selain Fireman Sam HIT Entertainment juga menerbitkan siri animasi Thomas the Tank Engine dan Bob the Builder.

Untuk rekod, Fireman Sam dicipta oleh David Jones, yang pernah ditahan di Lapangan Terbang Gatwick, England, pada 2012.

Jones didakwa merungut dan mempersoalkan mengapa dia perlu melalui mesin pengimbas x-ray sedangkan wanita bertudung tidak diperiksa anggota keselamatan lapangan terbang.

Lihat Komen