malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Sarawak Report 'usik' DiCaprio, Alicia Keys
Diterbitkan:  Jul 21, 2016 7:49 PM
Dikemaskini: 11:57 AM
ADS

Tempias saman sivil dikemukakan Jabatan Kehakiman (DOJ) AS berhubung skandal 1MDB turut terkena beberapa selebriti kelas A Hollywood.

Antara mereka ialah pelakon dan pemenang Oscar Leonardo DiCaprio yang berlakon dalam filem dikaitkan dengan dana agensi pelaburan itu, Wolf of Wall Street.

Laman sesawang Sarawak Report hari ini menulis tweet dengan memetik nama DiCaprio untuk mendapatkan komen mengenai isu berkenaan.

“Hi @LeoDiCaprio. Ada sebarang komen tentang WOWS (Wolf of Wall Street) didanai oleh wang (didakwa) haram dari Malaysia? DOJ AS sedang menyita aset #1MDB,” tulis tweet berkenaan.

Melalui dokumen didedahkan pihak berkuasa AS itu, dana daripada firma milik penuh kerajaan itu digunakan untuk membiayai filem Wolf of Wall Street.

Lakonan sebagai watak utama DiCaprio dalam filem arahan Martin Scorsese itu membawanya memenangi Anugerah Golden Globe pada 2014.

Menyertai tweet Sarawak Report itu ialah sekeping gambar DiCaprio bersama ahli perniagaan kelahiran Malaysian, Jho Low, yang turut dinamakan dalam dokumen DOJ berkenaan.

 

 

 

 

 

Dalam tweet lain yang turut memetik DiCaprio dan seorang lagi aktor AS, Tobey Maguire, Sarawak Report bertanya: “Hi @LeoDiCaprio/@TobeyMaguire, orang Malaysia tertanya-tanya berapa banyak pesta didanai oleh #1MDB/@jho_low?”

Tweet itu turut disertai sekeping gambar kedua-dua aktor terbabit bersama Low dan dua yang lain.

Dokumen DOJ itu juga mendakwa Low mengeluarkan wang bernilai AS$1.15 juta dari akaunnya di sebuah kasino di Las Vegas untuk berjudi bersama beberapa individu, termasuk anak tiri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz, dan pelakon utama Wolf of Wall Street.

Riza memiliki syarikat penerbitan filem Red Granite - yang menerbitkan Wolf of Wall Street - didakwa menggunakan wang bernilai AS$64 juta dikatakan diambil dari 1MDB bagi membiayai filem berkenaan.

Red Granite bagaimanapun menafikan mempunyai maklumat bahawa wang haram digunakan untuk menghasilkan filem berkenaan.

Selain pelakon terbabit Sarawak Report turut memetik nama penyanyi popular Alicia Keys dan Jamie Foxx yang dilihat dalam sekeping gambar turut bersama Low.

“Hi @aliciakeys. Rakyat Malaysia tertanya-tanya sama ada kamu masih meneria derma daripada @jho_low. AS sedang mencari semula aset-aset itu," kata Sarawak Report.

[Baca berita asal]

Lihat Komen