malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Selebriti, gabenor beramal dengan kasut
Diterbitkan:  Jun 27, 2016 1:08 PM
Dikemaskini: 5:13 AM
ADS

Sempena Ramadan ramai orang memanfaatkannya untuk melakukan kebajikan.

Bagi penyanyi Bisikan Hati, Andien, dia memilih untuk mengumpul kasul selebriti terkenal Indonesia bagi menjayakan projek diilhaminya, #berSHOEkur.

Dia yang memiliki nama sebenar Andini Aisyah Hariadi berkata semua kasut terpakai yang dikumpul itu adalah milik kesayangan selebriti berkenaan.

Sebanyak 200 pasang kasut berjaya dikumpul Andien untuk dilelong secara atas talian.

"Dana ini kemudian akan disumbangkan untuk membantu pesakit kanser," katanya di Jakarta semalam.

Andien, 30, dianggap seorang daripada penyanyi jazz generasi muda terbaik Indonesia.

Susah dipilih mudah diberi

Dia pernah memenangi anugerah artis baru terbaik negara itu pada 2000.

Kata Andien, antara kasut yang berjaya dikumpulnya adalah milik Dian Sastrowardoyo, Krisdayanti, Titi DJ dan Yuni Shara.

Tidak ketinggalan kasut terpakai milik Gabenor Jakarta Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok yang popular itu.

Menurut Andien, seorang daripada selebriti yang menyokong kempennya itu malah menyumbang sepasang kasut berjenama mahal bernilai lebih RM4,600.

"Tidak sukar mendapatkan kerjasama daripada mereka untuk beramal, tetapi yang lebih mencabar ialah tokoh tersebut perlu menentukan kasut yang sesuai untuk dilelong," katanya.

Sehingga semalam media melaporkan Andien sudah berjaya mengumpul dana bernilai hampir RM43,000.

Empat badan kebajikan membantu pesakit kanser dipilih untuk menerima bantuan berkenaan.

Lihat Komen