malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Syahrini harapkan doa peminat untuk berubah
Diterbitkan:  Jun 23, 2016 12:49 PM
Dikemaskini: 5:13 AM
ADS

Sempena Ramadan kali ini Syahrini memlih pendekatan pakaian lebih santai dan mengetepikan kebiasaan pada tahun-tahun lalu.

Kali ini kata Syahrini, dia tidak lagi mahu memakai judah, abaya atau kaftan seperti selalu.

"Bulan puasa ini saya mahu yang kasual," katanya semalam.

Mengenai kewajaran menutup aurat, Syahrini mengakui ia tetap perlu.

Katanya dia mula belajar berhijab secara perlahan-lahan.

Dia juga sempat meminta peminat mendoakan hatinya segera terbuka menggunakan hijab seperti dilakukan adiknya, Aisyahrani.

Sementara itu menganggap suara sebagai anugerah paling mahal dikurnia Tuhan Syahrini bercadang untuk membeli insurans untuk peti suaranya.

Kata penyanyi berusia 33 tahun itu, idea melindungi 'aset' berkenaan difikirkannya baru-baru ini.

"Kalau ditanya mengapa, saya fikir ia wajar kerana ia (peti suara) adalah aset saya," katanya kepada media selepas majlis Buka Puasa Bersama Princezz Syahrini di Jakarta semalam.

Bersama Syahrini di majis itu ialah beberapa selebriti lain yang dekat dengannya, seperti Luna Maya, Ayu Dewi dan Raline Shah.

Ia dilangsungkan secara sederhana di sebuah restaurant kawasan Jakarta Pusat.

Bagaimanapun menurut penyanyi Kau Yang Memilih Aku itu, dia belum pasti bila akan membeli polisi insurans berkenaan kerana jadual hariannya yang padat kini.

Setakat ini, katanya, ia masih di peringkat cadangan.

Walaupun langkah selebriti melindungi aset masing-masing masih agak asing di rantau ini, amalan berkenaan memang lazim di kalangan artis Barat.

Lihat Komen