malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Acha mungkin berhenti berlakon kerana lelaki
Diterbitkan:  Jun 23, 2016 10:52 AM
Dikemaskini: 3:23 AM
ADS

Acha Septriasa sedang mempertimbangkan cadangan bersara daripada bidang lakonan jika jodohnya dengan pemuda Australia benar-benar terjadi.

Ketika ini kedua-dua mereka sedang menjalin hubungan cinta antara benua dengan Vicky Kharisma.

Walaupun masih dalam proses saling mengenali hati budi masing-masing Acha, 26, nampaknya terbuka kepada kemungkinan akan diperisterikan Vicky.

"Jika ada jodoh kami, secara automatik saya perlu mengikut dia dan harus mengucapkan selamat tinggal kepada kawan-kawan dan lakonan," katanya di sidang media filem Koala Kumal di Jakarta kelmarin.

Acha - atau nama sebenarnya Jelita Septriasa - antara pelakon dan penyanyi digemari ramai di Indonesia. Dia dianggap pelakon filem mendapat bayaran paling mahal ketika ini.

Kandas di jalanan

Namanya mula menjadi sebutan ramai selepas muncul dalam filem Heart pada 2006.

Tahun lalu dia tampil dalam filem Bulan Terbelah Di Langit Amerika.

Pada 2008 Acha dilaporkan mempunyai hubungan istimewa dengan vokalis Ungu, Pasha.

Peminat kelab Real Madrid itu pernah bercuti daripada aktiviti seninya untuk melanjutkan pengajian di sebuah universiti di Malaysia.

Beberapa tahun lalu dia juga didakwa menjalin hubungan romantik dengan Ditto Rukmana namun ia terkandas di pertengahan jalan.

Ketika ini Acha masih berhati-hati bercakap tentang perkahwinan kerana, katanya, hubungan mereka baru berlangsung sejak tiga bulan lalu.

Pada masa sama Acha masih belum bersedia untuk meninggalkan dunia yang dicintainya itu.

"Harap-harap semuanya berjalan baik dan kami serasi. Lebih baik tidak terburu-buru," katanya.

Lihat Komen