malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Ariel Noah menangis di atas sejadah
Diterbitkan:  May 26, 2016 5:27 PM
Dikemaskini: 9:39 AM
ADS

Ketika latihan Ariel kelihatan begitu bersahaja namun di depan kamera lagu Sajadah Panjang itu nampaknya benar-benar menyentuh perasaan vokalis Noah itu.

Hasilnya ada air mata menitis.

Ariel - atau nama sebenarnya Nazriel Irham - menyampaikan lagu ciptaan seniman veteran Indonesia, Sam Bimbo.

Ia dinyayikan semula oleh Ariel dengan gubahan lebih baru oleh Noah.

Aksi Ariel itu termuat dalam album Sings Legends yang memuatkan lagu popular era 1960-an hingga 1990-an.

Melalui klip video berkenaan Ariel kelihatan menghayati sepenuhnya lagu keagamaan itu dan menitiskan air mata ketika bersujud di atas sejadah.

Pengarah klip video berkenaan Rizal Mantovani, ketika proses pembikinan dia tidak pernah meminta Ariel menangis.

"Apabila penggambaran sebenar dilakukan, tiba-tiba Ariel menangis. Saya terkejut tetapi itu membayangkan betapa mendalamnya penghayatan Ariel pada lagu itu," katanya di Jakarta semalam.

Ariel, 34, sebelum ini menjadi penyanyi kumpulan Peterpan dan popular dengan lagu Mungkin Nanti.

Namun populariti Ariel melonjak naik kemudian atas sebab yang tidak sepatutnya.

Peminat dikejutkan dengan aksi asmara Ariel bersama selebriti Indonesia - Luna Maya dan Cut Tari - dalam dua klip berasingan.

Dia kemudian dihukum penjara berhubung klip berkenaan. Selepas bebas Ariel bercinta dengan Sophia Latjuba hingga kini.

Kata Rizal melihatkan tangisan Ariel dia mengarahkan supaya kru meneruskan rakaman aksi spontan itu yang dianggapnya 'mahal'.

"Untuk seorang sutradara, ia adalah detik yang mesti masuk dalam klip videonya," kata Rizal.

Lihat Komen