malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Kucupan Dian, Nicholas semula jadi bersahaja
Diterbitkan:  Apr 29, 2016 1:00 PM
Dikemaskini: 7:51 AM
ADS

Ada apa yang 'panas' dalam filem Ada Apa Dengan Cinta 2 (AADC 2)?

Ada adegan panas yang lain macam. Ia membabitkan dua watak utama flem itu Cinta dan Rangga.

Pada salah satu babaknya kedua-dua mereka berkucupan dan sehari sebelum AADC 2 ditayangkan di Indonesia semalam, klip video sepanjang 15 saat itu bertebaran dalam grup WhatsApp.

Babak kucupan hangat Nicholas Saputra (gambar) dan Dian Sastrowardoyo itu ternyata membuat ramai orang teruja.

Tidak dapat dipastikan siapa merakam adegan berkenaan dan bagaimana ia tersebar.

Media melaporkan aksi kucupan itu dilihat begitu bersahaja walaupun di dunia sebenar Dian dan Nicholas bukanlah pasangan kekasih.

Dian kini membesarkan dua anak manakala status percintaan Nicholas belum dapat disahihkan. Apa pun antara keduanya mereka memang tidak menjalin hubungan romantis.

Ketika ditemui media di Kuala Lumpur kelmarin, Dian memang mengakui keserasiannya dengan Nicholas masih utuh walaupun sudah 14 tahun AADC berlalu.

Dian juga menegaskan dia berharap penonton di Malaysia dapat menerima baik AADC 2 kerana mereka sudah melakukan dengan sepenuh hati untuk filem berkenaan.

Bagaimanapun adegan ciuman itu tidak ditayangkan di Malaysia.

"Anda boleh menyaksikannya di Indonesia," katanya.

Bagi Nicholas pula, adegan mesra dan hangat dengan Dian itu tidak akan dilupakannya.

"Semua adegan tak dapat saya lupakan. Semua masih segar dalam kepala saya," katanya.

Lihat Komen