malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Travolta, Caitlyn merpati dua sejoli?
Diterbitkan:  Apr 27, 2016 4:00 PM
Dikemaskini: 8:27 AM
ADS

Bintang siri realiti televisyen kontroversi, Caitlyn Jenner, dilapor media menghabiskan masa dalam suasana romantik secara rahsia bersama John Travolta baru-baru ini.

'Pertemuan' itu dikatakan berlaku juga di tempat istimewa, iaitu di udara.

Portal gosip hiburan AS memberitahu Travolta, 62, mengajar Caitlyn cara-cara menerbangkan pesawat udara.

Sekali imbas tiada apa yang benar-benar menarik pada 'hubungan' kedua-dua selebriti itu. Bagaimanapun dilihat kepada latar belakang masing-masing ia memang mudah menjadi bualan.

Caitlyn, 66, adalah bekas atlet dekatlon yang pernah memenangi pingat emas sukan Olimpik dengan nama sebenar Bruce Jenner.

Bintang siri realiti Keeping Up with the Kardashians itu kemudian menjalani pembedahan dan kini tampil sebagai wanita.

Travolta pula adalah bintang yang pernah menggegarkan dunia dengan filem Saturday Night Fever pada 1977. Sejak beberapa tahun lalu dia didakwa seorang gay.

Bagaimanapun jurucakap yang dekat dengan personaliti itu berkata dakwaan mengenai hubungan mesra Caitlyn - Travolta itu tidak benar.

"Ada dua sebab mengapa orang ramai tidak pernah melihat Travolta dan Caitlyn berdua-duaan.

"Pertama, mereka berusaha menyembunyikan pertemuan itu dan kedua, ia sebenarnya tidak pernah terjadi pun," katanya.

Lihat Komen