malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Giliran Search gegar Stadium Merdeka
ADS

The Living Legend - itu gelaran diberikan peminat buat kumpulan rock Search yang teguh dalam industri muzik sejak 35 tahun lalu hingga sekarang.

Dan sebagai meraikan sambutan ulang tahun ke-35 itu kumpulan legenda berkenaan bakal mengadakan konsert besar-besaran di Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada 9 April ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Afjets Sdn Bhd - syarikat yang menganjur konsert berkenaan - Amrul Nizar Anuar, sesuai dengan keunikannya penganjur menyediakan kejutan untuk peminat yang datang ke Stadium Merdeka.

"Pihak penganjur ingin menampilkan sesuatu yang luar biasa untuk peminat.

"Peminat juga akan dihiburkan dengan lagu-lagu popular mereka yang masih menjadi kegilaan ramai hingga kini," katanya.

Search dan konsert memang bukan asing. Kumpulan itu sudah banyak mengadakan persembahan di tempat terbuka atau tertutup sebelum ini.

Antara persembahan Search sebelum ini ialah Konsert Fenomena 30 Tahun di lima negeri iaitu Pulau Pinang, Johor Bharu, Kuala Lumpur, Tawau dan Kuching pada 2011, Konsert Acoustica Malam Edan Search - The Star Theatre di Singapura (2013) dan Konsert Search Live in Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Kali terakhir Search mengadakan konsert adalah pada 24 Oktober 2015 di Nusajaya, Johor.

Kumpulan ditubuhkan pada 1981 itu dianggotai Amy sebagai penyanyi, Yazid Ahmad (dram), Hamzah Mohd Taib (gitar utama), Noordin Taib (gitar kedua) dan Nasir Daud (bass).

Kata Amrul, peminat turut berkesempatan menyertai pelbagai aktiviti sempena konsert berkenaan, seperti program dinamakan " tribute flahsback".

Harga tiket bermula dari RM135 hingga RM899 mula dijual sejak 11 Februari lalu.

1987 #since1981 #search35

A photo posted by Suhaimi A.Rahman > Amy Search (@akuamysearch) on

Lihat Komen