malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Kate Winslet tak layan boikot Oscar
Diterbitkan:  Feb 10, 2016 6:27 PM
Dikemaskini: 10:31 AM
ADS

Biarpun belum bermula, bahang kehangatan Anugerah Academy terus terasa.

Ketika beberapa pelakon popular kulit hitam menyatakan niat memulaukan majlis itu, Kate Winslet pula sebaliknya akan tetap hadir untuk "berlaku adil kepada diri sendiri".

Kate yang ditemui media di majlis pelancaran filem terbarunya Triple 9 berkata, pencapaian wanita dalam industi perfileman juga sangat membanggakan.

Dan ini kata-kata Kate ketika mengulas majlis berprestij yang dijadual dilangsungkan di Los Angeles pada 28 Februari ini: "Pencapaian wanita pada tahun ini amat memberangsangkan. Jadi secara jujurnya, saya akan menghampakan diri sendiri sekiranya tidak menghadiri acara berkenaan".

Bukan itu saja, bagi Kate Oscar tahun ini juga dirasakan akan memihak kepada Leo (gelaran untuk Leonardo DiCaprio) yang juga rakan baiknya.

“Tiada alasan lain lebih baik untuk menyokongnya,” kata Kate.

DiCaprio pernah dicalonkan selama enam kali untuk Anugerah Academy namun setakat ini belum cukup bertuah kerana gagal meraih kejayaan.

Bagaimanapun, nasib DiCaprio dikatakan bakal berubah tahun ini apabila watak Hugh Glass yang dilakonkan untuk filem The Revenant bakal membawa tuah.

Sebelum ini, pelakon Jada Pinkett dan suaminya Will Smith serta pengarah Spike Lee meluahkan rasa tidak puas hati terhadap senarai pencalonan yang didominasi aktor kulit putih.

Tiada langsung nama dalam senarai - baik pelakon kulit hitam, Asia mahupun Hispanik - bagi kategori Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik atau Pelakon Lelaki dan Wanita Pembantu Terbaik untuk malam gala itu.

Pun begitu, Kate tidak bermusuh dengan Jada mahupun Smith.

Luahan Kate itu juga mungkin disebabkan namanya yang turut mendapat pencalonan bagi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik untuk watak Joanna Hoffman dalam filem biopik arahan Danny Boyle - Steve Jobs .

Lihat Komen