malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Serina banyak belajar dalam PAU
Diterbitkan:  Dec 12, 2015 2:00 PM
Dikemaskini: 6:18 AM
ADS

Selebriti Serina Redzuawan adalah salah seorang perwakilan yang begitu teruja kerana dapat menyertai Perhimpunan Agung Umno (PAU) ke-69 kali ini.

Menggambarkan rasa teruja itu, anak Chef Wan berkenaan beberapa kali memuat naik kemas kini melalui akaun Twitter dan Instagram menunjukkan kehadirannya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

“Seronok tahun ini Serina menjadi perwakilan G7 di Perhimpunan Agung UMNO.

“Banyak Serina dapat belajar dalam sidang kali ini, “ tulisnya.

G7 merujuk kepada kumpulan ahli Umno yang dipilih di peringkat akar umbi untuk menjadi perwakilan mereka di PAU.

Aura merah...semangat perjuangan...bersatu kita bersatu dengan setia brrganding bahu.@zainalrafiqueart

A photo posted by @serinaredzuawan on

Ehh..eh...Abg Lan Pet Pet pun ada semalam di Perhimpunan Umno...lama tak jumpa dia..dia ni nakal org nya...suka sakat orang.

A photo posted by @serinaredzuawan on

Bagi Serina yang menempa nama sebagai model dan pengacara, PAU seharusnya menjadi ruang untuk ahli Umno membahaskan dan menyelesaikan sesuatu isu semasa demi masa depan negara.

Pada pemerhatian Serina, perbahasan kali ini berlangsung dengan baik dan cerdik.

“Pembahas begitu cerdik dan tegas. Ada yang memberi usul dan membidas ekonomi, agama, GST (cukai barangan dan perkhidmatan) dan kenaikan harga barangan.

“Inilah platform suara rakyat. Biarpun bukan semuanya indah, perdana menteri dan jemaah menteri lain juga mendengar.

“Segala yang keruh kita jernihkan, kita bersatu hati buat perubahan kerana yang lemah kita akan perbaiki,” katanya.

Berdasarkan gambar dimuat naik Serina, dia adalah salah seorang daripada tujuh perwakilan dari bahagian Bukit Bintang.

Serina turut menyatakan keterujaannya apabila bertemu selebriti lain seperti Lan Pet Pet dan penyanyi veteran Datuk Malek Ridzuan.

Lan Pet Pet - atau Mazlan Ahmad, 46 - adalah pelakon dan pelawak kumpulan Senario manakala Datuk Malek Ridzuan, 57, penyanyi terkenal era 1980-an yang popular dengan lagu Cukup Sampai Di Sini.

Kata Serina, dia tidak keseorangan kerana ada kehadiran artis lain sebagai tanda sokongan kepada perhimpunan berkenaan.

“Eh, eh abang Lan Pet Pet pun ada semalam di perhimpunan UMNO, lama tidak jumpa dia.

“Dia ni nakal orangnya, suka sakat orang,” katanya.

PAU yang berlangsung sejak 8 Disember lalu akan melabuhkan tirainya hari ini.

“Kami akan terus menyokong kerajaan Barisan Nasional walau apa juga dugaan yang melanda,” kata Serina.

Lihat Komen