malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Rossa mengaku sepi
Diterbitkan:  Nov 24, 2015 1:32 PM
Dikemaskini: 5:41 AM
ADS

Menjanda kira-kira sejak enam tahun lalu Rossa mengakui dia sering berasa kesepian, namun ia belum cukup untuk membuka hatinya mencari pengganti kepada pemain dram kumpulan Padi, Yoyo.

Menurut penyanyi Hati Yang Kau Sakiti itu mendakwa, menguruskan konsert jauh lebih mudah berbanding mendapatkan suami yang benar-benar sesuai dengan dirinya.

Kata Rossa, 37, dia memang berasa kesepian tanpa suami namun bagi dirinya ia bukan sesuatu yang khusus untuk wanita sepertinya.

"Tapi, jangankan yang belum ada suami, wanita yang sudah memiliki suami juga kadang-kadang suka kesepian," katanya.

Rossa memulakan kerjaya sebagai penyanyi ketika baru berusia 10 tahun dengan menghasilkan album pertamanya, Untuk Sahabatku pada 1988. Bagaimanapun ia gagal mendapat sambutan yang diharapkan.

Kini dia adalah salah seorang penyanyi wanita paling popular di Indonesia dan Malaysia dengan jumlah jualan album kira-kira lima juta unit.

Dia berkahwin dengan Yoyo - yang memiliki nama sebenar Surendro Prasetyo - pada Mac 2004 dalam majlis yang gemilang di Sumedang, Jawa Barat - tempat kelahiran Rossa.

Namun dia memfailkan perceraian - dengan restu keluarga kedua-dua belah pihak - pada Jun 2009 ekoran laporan pemain dram itu menjalin hubungan dengan seorang model.

Perkongsian hidup Rossa - Yoyo menghasilkan seorang anak, Rizki Langit Ramadhan.

Kata Rossa, dia tidak akan terburu-buru mencari pasangan baru hidupnya. Dia juga mengaku tidak serik untuk bersuami lagi.

"Hal jodoh itu urusan Tuhan. Harap saya menemui lelaki yang tepat, pada waktu yang tepat," katanya.

Lihat Komen