LAPORAN LANGSUNG Apabila lampu dipadamkan, puluhan ribu hadirin di perhimpunan 'Suara Rakyat 505' menyalakan pemetik api dan telefon masing-masing untuk menerangi padang Dataran PJ dengan 'cahaya demokrasi'. [GALERI FOTO DAN VIDEOAp]
Selepas menjalin perhubungan sejak dua tahun lalu, hari ini Mohd Saiful Bukhari Azlan dan personaliti TV3 Nik Suryani Megat Deraman selamat diijabkabulkan di Masjid Kristal, Pulau Wan Man di Kuala Terengganu.
KONGRES PKR Berikutan teguran itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau kini mengambil inisiatif untuk "membelanjakan" wang kerajaan negeri Selangor yang telah disimpan sebelum ini.
Seorang perwakilan di Kongres Nasional PKR ke-9 hari ini menuntut agar kuasa autonomi diberi kepada PKR Sarawak bagi menetapkan calon pilihan raya negeri yang akan diadakan dalam masa dua tahun lagi.
Setiausaha kerja sekretariat Pakatan Rakyat, Ong Eu Leong dari PKR Pulau Pinang berkata beliau diminta hadir di Mahkamah Sesyen Butterworth pada jam 8.30 pagi Isnin ini.
KONGRES PKR Ketua Umum PKR itu berkata, parti tidak wajar dilihat atau terlibat secara langsung dalam mana-mana pengurusan perkhidmatan awam urusniaga negeri.
Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria berkata, perkara itu perlu diberi perhatian oleh semua hakim yang bakal mendengar permohonan semakan keputusan PRU13 bagi memastikan konsep keadilan dapat ditegakkan.
KONGRES PKR Sebagai suara majoriti rakyat, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail hari ini menuntut agar kerajaan BN bersama-sama dengan parti itu melaksanakan Agenda Pemulihan Demokrasi sebelum mengadakan rekonsiliasi politik.
KONGRES PKR Seorang perwakilan di Kongres Nasional PKR ke-9 hari ini mencadangkan agar pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalan, Datuk Wan Ahmad Wan Omar agar berhijrah ke negara lain ekoran penipuan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya 5 Mei.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin polis mampu menangani serta mengawal perhimpunan yang ditunjangi pembangkang di Petaling Jaya hari ini secara bijaksana dan berhemah.
Timbalan Pengerusinya Datuk Seri Noh Omar berkata BN Selangor perlu mempunyai hanya seorang ketua untuk mengurus dan mentadbir politik di negeri itu termasuk mengeluarkan arahan kepada pimpinan lain.
KONGRES PKR Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei hari ini mengulangi gesaan supaya ahli-ahli parti dilantik dalam syarikat kaitan kerajaan (GLC) serta pihak berkuasa tempatan untuk memantau mereka yang tidak sehaluan dengan dasar parti.
Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata sama ada cadangan itu dapat direalisasikan atau tidak, bergantung sama ada ia dikehendaki rakyat pelbagai kaum di negara ini dan boleh membawa keberkesanan kepada parti untuk menerajui negara.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah berjaya mengesan suspek yang didakwa menghina Sultan Terengganu di laman Facebook.
KONGRES PKR Usul khas penangguhan itu dibentangkan oleh Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail di kongres nasional PKR di Petaling Jaya hari ini.
Polis akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan majistret yang menolak permohonan untuk perintah tahanan reman ke atas tiga aktivis pembangkang berhubung siasatan di bawah Akta Hasutan 1948.
Menurut Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), cadangan itu bagi membolehkan wakil jabatan agama berfungsi untuk mengemukakan bantahan dan pandangan dalam permohonan untuk perkahwinan melibatkan pasangan bawah umur.
Menteri dalam negeri itu mendakwa telah mengadakan perbincangan dengan beberapa pemimpin pembangkang dan mencapai persetujuan perhimpunan diadakan secara aman tetapi mereka "menyanyikan lagu yang berlainan" bila bersama penyokong mereka.
Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mendakwa ketempangan sistem pilihan raya di Malaysia juga berpunca daripada persempadanan semula yang didakwanya didalangi Umno dan dibuat secara tidak adil dan tidak memenuhi prinsip sistem demokrasi berperwakilan.