KONGRES PKR Seorang perwakilan di Kongres Nasional PKR ke-9 hari ini mencadangkan agar pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalan, Datuk Wan Ahmad Wan Omar agar berhijrah ke negara lain ekoran penipuan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya 5 Mei.
KONGRES PKR Usul khas penangguhan itu dibentangkan oleh Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail di kongres nasional PKR di Petaling Jaya hari ini.
Seorang perwakilan di Kongres Nasional PKR ke-9 hari ini menuntut agar kuasa autonomi diberi kepada PKR Sarawak bagi menetapkan calon pilihan raya negeri yang akan diadakan dalam masa dua tahun lagi.
KONGRES PKR Sebagai suara majoriti rakyat, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail hari ini menuntut agar kerajaan BN bersama-sama dengan parti itu melaksanakan Agenda Pemulihan Demokrasi sebelum mengadakan rekonsiliasi politik.
Menteri dalam negeri itu mendakwa telah mengadakan perbincangan dengan beberapa pemimpin pembangkang dan mencapai persetujuan perhimpunan diadakan secara aman tetapi mereka "menyanyikan lagu yang berlainan" bila bersama penyokong mereka.
Menurut Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), cadangan itu bagi membolehkan wakil jabatan agama berfungsi untuk mengemukakan bantahan dan pandangan dalam permohonan untuk perkahwinan melibatkan pasangan bawah umur.
Polis akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan majistret yang menolak permohonan untuk perintah tahanan reman ke atas tiga aktivis pembangkang berhubung siasatan di bawah Akta Hasutan 1948.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin polis mampu menangani serta mengawal perhimpunan yang ditunjangi pembangkang di Petaling Jaya hari ini secara bijaksana dan berhemah.
Seorang perwakilan wanita PKR hari ini mempersoalkan tindakan parti itu yang didakwanya meletak calon wanita di kerusi yang tidak popular dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Datuk Paul Low hari ini meletak jawatan sebagai presiden Transparency International Malaysia (TI-M) susulan pelantikannya sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri dan diganti oleh Timbalan Presiden, Datuk Akhbar Satar bagi penggal 2013/2014.
Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin hari ini menyuarakan kekecewaannya terhadap PAS yang mengeluarkan watikah pelantikan calonnya bertanding kawasan yang ditandingi PKR pada pilihan raya umum 5 Mei lalu.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata pemuda itu jelas melanggar dua kesalahan iaitu cubaan mengundi dua kali dan membawa keluar kertas undi yang boleh membawa hukuman penjara, denda dan hilang hak mengundi selama lima tahun, jika disabit kesalahan.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata tiada keperluan untuk berdebat memandangkan mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya boleh memfailkan petisyen.
Menteri pendidikan II itu mahu menyaman PKR termasuk Pengarah Strategi parti itu, Rafizi Ramli yang didakwa menyebarkan kenyataan berhubung 24 petugas SPR dikurung bagi memangkah kertas undi di Parlimen Besut dalam PRU13.
Kapasiti bekalan air terawat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dijangka tidak mencukupi mulai Julai 2014, kata Ketua Pegawai Operasi SYABAS, Datuk Lee Miang Koi hari ini.
Sambil menyangkal beliau mengeluarkan arahan itu, Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel berkata jika ada yang berbuat demikian, perkara tersebut adalah atas inisiatif mereka sendiri.
Tetap dengan pendirian bahawa MIC adalah parti induk bagi masyarakat India sejak 1946, Presidennya, Datuk Seri G Palanivel berkata unit di JPM itu tidak boleh diketuai pengerusi Hindraf P Waythamoorthy yang dilantik timbalan menteri.
Timbalan presiden PKR itu berkata, beliau bersedia menjadi orang pertama dalam Pakatan untuk mengadakan dialog bersama BN bagi membincangkan tentang pelbagai isu semasa demi kepentingan rakyat, tetapi bukan bertujuan menubuhkan kerajaan perpaduan.
dikemaskini Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata bantahan terhadap dakwaan berlakunya penipuan dalam proses pilihan raya perlu diteruskan dan dipertingkatkan usaha secara bersama dengan pelbagai NGO termasuk BERSIH.
Dua orang peserta program nyalaan lilin menyokong aktivis pelajar Adam Adli Abdul Halim, membuat laporan hari ini mendakwa mereka dipukul oleh anggota polis pada malam tersebut.
Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mendakwa ketempangan sistem pilihan raya di Malaysia juga berpunca daripada persempadanan semula yang didakwanya didalangi Umno dan dibuat secara tidak adil dan tidak memenuhi prinsip sistem demokrasi berperwakilan.
Majistret menolak ketiga-tiga permohonan polis untuk menahan reman Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Ketua ABU (Asalkan bukan Umno) Haris Ibrahim dan ahli PAS Datuk Tamrin Ghafar.
Tangkapan pemimpin Pakatan Rakyat dan aktivis pro-demokrasi baru-baru ini merupakan isyarat jelas kembalinya 'Mahathirisme', apabila taktik keras didakwa digunakan bagi menghalang pembangkang, dakwa PKR.
dikemaskini Ahli Parlimen Ipoh Timor, Thomas Su dan Setiausaha PKR Perak, Mohammad Anuar Zakaria akan didakwa Isnin depan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA).
PKR hari ini mula mendedahkan dakwaan penipuan pilihan raya secara terperinci, bermula dengan kawasan parlimen Balik Pulau di Pulau Pinang di mana ia mendakwa terdapat lebih jumlah undi daripada kertas undi yang dikeluarkan.
Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar menggalakkan ahli parti khususnya di negeri itu menghadiri perhimpunan mempertikai keputusan pilihan raya esok, sekalipun Ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib dilapor menyarankan sebaliknya.
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata cadangan untuk menjadikan BN sebagai parti tunggal adalah rasional dan perlu dikaji secara mendalam untuk kesinambungan sokongan rakyat pada masa depan.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata perubahan nama kementerian itu diluluskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Rabu lepas setelah pakar bahasa sependapat istilah pendidikan lebih tepat berbanding pelajaran.
Norshazlina Nor''azman, Bernama | 11:21AM Mei 24 2013
Siasatan awal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan sekeping gambar dimuatkan di internet menunjukkan kononnya berlaku insiden lampu padam semasa pengiraan undi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu adalah fitnah dan lakonan itu dirakamkan sebelum PRU13 lagi.